Daisypath Vacation tickers

Thursday, September 30, 2010

selamat hari raya aidilfitri


ini adalah n3 melekat sehingga habis bulan syawal


saya selaku tuan tanah blog ini, mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca niezzareena memory. mohon maaf atas salah laku terkasar bahasa atau terlanjur bicara dalam semua n3 yang pernah tersiar di ruang ini.

maaf juga andai saya terlajak komen kat blog anda semua. harap tak simpan dalam hati, takut nanti simpan lama² nnt jadi busuk plak, auw!!!

pada yang pulang ke kampung, berhati² pegang stering kete tu. kalu rasa ngantuk, sila sepak muka sendiri laju².kalu tak lut jugak, berenti la memaner yang boleh korang layan FB ke blog ke. sure ilang ngantuk. hehehe... ngarut! ok, la.. tido la dulu sebelum teruskan perjalanan.  tapi jgn terlajak tido, kang ada yang dah takbir raya baru nak sampai depan halaman rumah.

pada semua, saya susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. ada salah dari saya, tegurlah saya, ada  silap dari saya, nasihat la saya.  tak salah menegur demi kebaikan bersama. akhir kata ...


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Contest Couple Muka seiras

dah lama puan gebu tak menjinakkan diri joint maner² contest. hari ni belek² blog kekawan, tiba² terbaca pasal contest muka seiras. wah... nak joint jugak. contest ni terbuka kepada maner ² pasangan suami isteri atau kapel atau adik beradik. dua orang sahaje ye. saya masuk contest ni bukan bersama en. suami ye, tapi bersama adik saya angah. ramai cakap kami mcm kembar, so saya cuba nasib la. maner tau kot leh menang ke kan. 

 utk keterangan lanjut, sila klik sini

ini adik kedua saya. panggilan manja dia angah. nama penuh dia shahaila. kami beza 7 tahun. tapi nampak mcm kembar. keluarga sendiri pun kompius ngan kami. kami adik beradik yg 'gebu 'antara dua lagi adik perempuan yg kami ada. pilih lah kami kerana 'kegebuan kami'. ahaksssss!!

saya tag : wahida dan mariam




DONE! cuba nasib kot dapat top ten ke kan. hehehe....

shooting pun bermula

selasa, bermula scene saya utk shooting video opis. hahaha... glakmer la kojap. tugas saya melayan tetamu yg dtg. ada 3 scene yg saya kena buat. kelakar la rasanya. malu pun ada. camner nak belakon ngan fahrin ahmad ni. 1 scene saya kena ngan mr. bad. hahaha.... tak bleh nak tenung mata dia. nak gelak sambil guling²

 sebalik lensa yg memeritkan mata saya sampai saya jadi pening

 mr. bad penuh kusyuk membincangkan sesuatu. hebatkan dia. thums up to u!

cewah... agak² erma fatima nak lantik saya jadi pelakon baru theater dia tak. hahahaha.. eksyen kejap

dua orang mak daress yg turut serta dlm pembikinan video ini. glakmer korang ek




tak sabar nak tgk hasilnya +__+

jom layan gmbr

@ umh kazen saya, noris ~ ampang

anak² kazen saya yg mcm² ragam. mereka menghiburkan kami


zareef yg suker gelak. ape yg kelakar pun tak tau

harus enterprem

noris dan hubby dia ari. maceh undang kami mkn tghari. nasi ayam kau power beb. lain kali jemput kami lagi eh.

@ umah paksu daud ~ bandar tasik selatan


menu : nasi himpit, kuah kacang, nasi hujan panas, nasi putih, kari daging, ayam masak merah, dll

@ umh kazen lagi, hisyam ~ ampang



melayan pe'el anak² kazen. seronok bila kumpul ramai² mcm ni. bingit suasana. menu hari tu charkuehteow dan cantonise cantonese yee mee

sesi photo para isteri




para suami

dan anak²


seronok tgk depa beraksi

 terima kasih kepada tuan umh, hisyam dan wife dia makngah yaya yang sudi menjamu kami sebagai penutup majlis ahad lepas. seronok bila dapat kumpul anak beranak. ada masa dtg umh kami plak ye

Monday, September 27, 2010

kesian dia sakit

khamis lepas, qalesya p medical check up. berat dia dah naik 4.1kg. gud gurl.. sebab suker minum susu, berat dia naik mendadak. qalesya kena cocok bcg. angah kata, masa cocok tu dia jerit sampai habis nafas, pastu sambung lagi jerit senafas, pastu diam terus tido. kami dengar pun gelak.

dua hari lepas tu qalesya jadi meragam. mungkin kesan cocok tu kot. badan dia panas, selesema. tid o pun tak lena. kesian tgk keadaan dia. masa bawak p open house pun dia mcm mood tak best. nak dijadikan cerita, rantai qalesya putus. nasib le ai perasan. nasib jugak rantai tu melekat celah tengkuk dia yg montok tu. adoi.. kalu ilang tanpa sedar, mau puan naimah bukak kutbah. tu la, kecik2 dah pakai rantai besar. ok, dia bukan putus, tapi patah kat buah rantai yg bulat tu. buah rantai tu melekat sekali kat rantai. adoi dik... kamu kan berutal, bila pakai rantai mcm tu lagi le nampak ganasssss

majlis hari raya miti dan agensi 2010

alhamdulillah, kenyang yg teramat sangat ni rasanya. ramai yang hadir memeriahkan suasana. banyak makanana yg terhidang. sampai mula tu tak nau nak mkn yang mana dulu.

masa ni, para vvip belum tiba lagi.

 sate faveretku. permulaan pembuka selera. sedap!

 disusuli dgn ais cendol. kureng sedap. budak tu letak susu skit sgt. ape nak rasa? tawaq ar!

 yang dlm barisan ni mcm² ada

 tu dia..

 jamah skit² je. amek tu amek ni, last² senak perut

 sedap giler kukis cokelat tu

kami 4 orang lepak satu meja
masa ni tok pa dah sampai dan masa ni jugaklah bateri kamera kong. sakit ati ai tau. sempat amek gambar pengiring ni je la.




tu je la nak citer.mud ngantuk dah mari. adoi!!!

isnin yg pinky, shooting bermula & hepi beday 2 her

salam isnin buat semua. hari ini dah masuk 18 syawal. dua hari beturut turut kami sekeluarga bz mengunjungi umh terbuka dari sanak saudara. letih tapi hepi dapat kumpul ramai². yg dah lama tak jumpa, ada yg setahun sekali baru jumpa, banyak benda yang nak di sembangkan. yg hari² jumpa pun sama gak. ada je gosip yg nak disampaikan. maklum... hidup bermuafakat mmg mcm tu kan. hehehe...

pada semua yg sudi menjemput tu, terima kasih banyak². ada yg bertanya bila plak turn kami nak wat open house. oh! tahun ini tiada rumah terbuka di umh kami ye. sebelum ni, sudah 3 tahun berturut² kami wat umh terbuka, thn tak larat la rasanya. tahun ni masa utk kami jalan² umh sanak saudara. hehehe... sape yg masih rasa belum jemput kami, sila la hubungi saya ye. hp saya on 24jam. 

ok, hari ini adalah hari pink utk kami. lihat, kami sedondon bukan? jambu tak en. suami. ahaksss. pagi tadi awal plak kami bersiap. dengan kesempatan yang ada, kami post dulu sblm melangkah keluar. oh ya, hari ini ada majlis hari raya antara agensi. saya pakai baju baru tau. tak ketinggalan kasut dan hbag baru. harus ke nak bagi tau. alah... utk penuhkan cerita aje. bkn utk menunjuk pun.

hari ini juga bermulalah pengambaran utk video opis saya. bz kau kat kaunter hari ni. maner ngan org ulang alik nak ke tmpt jamuan tu, maner ngan kamera gedabak tgh laluan lif, maner ngan pelawat yg dtg. pening gak la kepala. pagi ni pengambaran bermula kat lif. nampak jejaka kacak tu? dia watak utama yang kena ulang alik dari kaunter ke lif. siap kena aksi lari² anak lagi. lawak plak aku tgk

 nampak yg tengah cekak pinggang tu. dia la org kuat opis kami utk menjayakan video ini. thumbs up to mr badrul.

hari ini juga adalah hari lahir kawan ludah saya. puan wahidayatul aswa binti yahaya. aku harap perhubungan persahabatan antara kite kekal selamanya. jgn serik utk kawa ngan aku yg mmg perangai mcm org tiga suku. moga Allah s.w.t pjgkan usia kamu utk terus hidup disamping shidi, arel, aqeem dan insyaAllah kelahiran baru suatu hari nnt. kau happy tak kawan ngan aku jah? plan kita jadik tak?




ok lah, kak jah dah bediri depan ai ni, kami nak ke majlis hari raya tu. bye!

Sunday, September 26, 2010

keje umh dan dinner kami

alamak... tgh syok nak update ni, en. suami dah gesel manja plak nak guna lappy. adoi.. tu yg ai nk u blikan lagi satu lappy ni. maknanya, citer umh terbuka di rawang kena sambung esok le. ok, ni last eh. last n3 utk mlm ni. eh... pagi sudah!

balik dari rawang td, lepas anta kak sue balik, kami terus balik umh. jalan punya la sesak hari ni. nak plak ngan ujan lebat. huh... ramai yg keluar utk ke rumh terbuka mungkin. tadi nasib kami pun tak terlibat sama dengan kemalangan kereta yg berada depan kami. naib le en. suami sempat elak. minta jauh le. pada mereka2 yg kuar dimusim ujan skang ni, berhati2 ye. jgn dekat ngan kereta hadapan kita. 

sampai umh, ujan makin lebat. tido pun syok rasanya. tapi time senja tak elok kite lelap mata kan. nnt boleh jadi sewel. eh? betul ke? hehehe. saya amek kesempata yang ada setelkan keje umh. gosok baju utk 5 hari. huh, lenguh lutut woo... saya mmg suker standby baju keje awal. senang kalu nak kuar p memaner ujung minggu.

nah... dah siap. kami akan pakai sedondon yg lebih kurang pada minggu depan. 

bila tya en. suami nak makan ape mlm ni? dia sengeh gatal minta saya call mc'd. yay!!! saya pun malas masak, dan kami malas dah nak kuar ujan2 ni. ok, ai belanja mlm ni. oh ye, patutnya kami sambung beraya kat klang. ada 4 biji umh nak pegi. tapi tak dapat nak follow kak sue dan juki. sori la ye. kami tarik diri saat akhir. kak sue, ai tau u majuk ngan ai. ala... sori le sayang. next time okeh


wah, cepatnye sampai. tak sampai setengah jam pun. mungkin sebab mc'd taman melati ni betul2 dekat ngan umh kami. big mac pilihan kami. jemput semua!

 tu dia... pagi petang dah makan nasi. so mlm ni kite layan beger plak ye

mkn sambil layan drama kemaafan yg tertangguh. dua pelakon utama yg mmg ai minat. sedih citer ni. kisah mak mertua yang zalim dengan menantu dan anak sendiri. akhirnya padah pada diri sendiri dan ending yg begitu tragis. ye, saya mudah mengalirkan air mata. citer ni buat saya betul2 sebak. puji pada semua pelakon dalam citer ni juga pada mereka2 sebalik tabir. 


ok, en. suami dah mengaum tu. saya beransur dulu la ye. selamat malam!

kenduri kawen wanju dan zam

jemputan ni adalah undangan dari sedara belah mak saye. rakan2 di opis mesti kenal dgn sedara saya ni. beliau sekarang bertugas jauh nun diluar negara. sempena dengan majlis kahwin anak buah, dia juga pulang utk menyambut hari raya bersama keluarga. pesanan berulang kali, email tak putus mengingatkan saya berkali2 utk betul2 dtg pada hari tersebut.

hari ini sepatutnya saya dan teman ludah saya kak jah tu ke PD utk meraikan sesuatu disana. oleh kerana banyak jemputan rumah terbuka dan kebetulan undangan yg istimewa ini, kami batalkan utk seketika. insyaAllah, kami akan kesana bila dah betul2 free. 

dengan cuaca yang suam2 kuku hari ini, kami melangkah keluar dengan penuh segak. ye, harus puji diri sendiri sebab takkan nak tunggu jiran depan umh laung pujian ke arah kite plak. sblm menjemput ibunda, saya ke pejabat mentenan utk bayar bil umh. jelita rasanya bilamana saya beratur dengan penghuni yg lain utk sama2 buat pembayaran. huh... segaknye saya, ayunye saya, penuh sopan santun berdiri menunggu turn saya tiba. selesai semua, kami melangkah menjemput ibunda.

igt ayah pun follow sama, tapi ibunda ckp ayah jaga cucu. angah balik umh dia amek barang. wah, hebat tok ayah kau dik. tapi dgrnya tadi adik u'uk ye, tok ayah tak dapat jalankan tugas sebab dah lama tinggalkan bidang itu. nampaknye, mama yg kena buat ye. hehehe...

ok, perjalanan harus diteruskan sebelum cuaca berubah gelap. dari jauh dah nampak khemah yg tersusun rapi utk lindungan para tetamu yg hadir.

tema kuning emas dan hijau lumut jadi pilihan pengantin. cantik. 

 pakcik sulung pengantin sedia menerima kunjungan kami. dari jauh dah sengeh lucu

dia plak yg amek gmbr kami. mmg lucu la cik jai tu. pada mulanya saya ingin mengenakan baju kurung bewarna biru. tapi bila tenung betul2 kaler kemeja en. suami, oh... saya kena tukar baju lain yg sedondon dengan tema en. suami. maaf, sekali lagi saya ulang baju yg baru pakai masa majlis umh terbuka diopis ari tu. baju biru tu bleh pakai masa nak belakon selasa ni. ahaksss. 

 nenek pengantin merangkap emak kepada pakcik saya tu. ha.. ni la dia kalu lama tak jumpa. mcm2 nak citer

yes.... inilah pakcik saya. dia skang bertugas di budapest berkhidmat utk negara. masih solo dan sangat lucu orgnya. pada mula saya berkhidmat, saya tak tau yg saya satu opis dgn dia sebab masa tu dia kat santiago kalu tak silap. bila ada seorang sedara yg cakap, baru kami tau yg kami satu opis. keciknye dunia bak kata mama jue.

punyala dia gembira bila nampak kami dari jauh. terlepas jugak rindu kite ye cik wan. peluk erat ngan kami tanda rindu yg amat sgt. hehehe... siap laga pipi lagik. pakcik tau! cik wan tak sempat jumpa saya masa dia singgah opis tempoh hari, hanya kirim kad undangan pada salah seorang staff. cik wan, kan kita dah berbalas email. saya datang punye. 

 wow! siap ada ais lambang dua ekor itik sedang bemesra mungkin, di depan meja makan beradap. 


 sebenarnya banyak lagi lauk yg dihidang, cuma tak leh nak amek semua, kang nak makan lagi

 en. suami yg tgh lapar. tak pandang kiri kanan dah

 ini le bapa pengantin. cik din nama dia. skang dia bertugas di arab. cik din ni lagi kelakar orgnye. bila dah jumpa ngan ibunda, ada je kenangan lama yg mereka bangkit balik

 cik din cakap ibunda saya makwe lama dia. hahaha.... ibunda punya la gelak malu. 

 cik din cakap masa kecik dulu dorang suker main sungai. tu tgh citer hal kecik2 dulu la tu. adoi, bila dengar depa bersembang, kami berdua plak yg gelak sampai nak tekeluar nasi dalam mulut. 

ha, cik din soh amek gmbr betul2, nnt send kat FB. hehehe.... cik din terus amek no tepon ibunda, nnt lain kali balik nak jumpa ibunda lagi. banyak lagi citer nak kongsi. cik din kan bapa pengantin, jadi masa suntuk utk sembang lebih. ramai lagi tetamu yg harus dilayan. 

 ini la isteri cik din. dia pun kelakar orgnye. bila dgr cik din menyakat ibunda, dia leh menyampuk cakap giler dia mmg tak abis. hahaha... mesra la dorang tu. 

ibunda cakap, best la dok arab. minah arab lawa2. cik din jawab, ah... rugi tgk dorang. tak nampak ape sebab muka tutup litup. tak best katanya. tak mendatangkan ape. hahaha.. alamak... mmg lawak king la cik din ni. cik din kena tinggalkan kami sebab tetamu dah ramai yg dtg. lain kali kite sambung gosip yek

 tesergam indah pelamin dianjung luar rumah. kami naik ke atas utk jumpa pengantin

 ni la wanju. kwn2 dia kata muker kami same. lawa bilik pengantin. teringat masa naik pelamin dulu

ibunda tak lepas peluang utk bergambar sama

ye ke muke kami sama? dia jauh lebih cantik kot. tahniah wanju. moga kekal sampai syurga. sori tak dapat tunggu awk bersanding, kami kena gerak ke tmpt lain plak. tak sempat nak jumpa suami dia. next time ye. saya tgk kat FB awk je nnt

terima kasih pada semua atas jemputan ini. selamat pengantin baru pada wanju dan zam. moga kekal ke anak cucu. terima kasih pada cik wan yg sudi tunggu kedatangan kami. cik wan nak balik ke budapest isnin ni. dia tak sempat nak p open house agensi. panjang umur, kite jumpa lagi ye