Monday, September 6, 2010

sesi 5s

pagi sabtu lepas, kami ke bengkel servis kete 'evo' en. suami dan tukar tayar. sekali ngan ayu adik ai. servis kat bengkel kawan en. suami. mm.. leh tahan ramai. maklum, tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya kan. servis kete harus kepada semua pemilik kete utk keselamatan sendiri dan keluarga. tunggu punya tunggu, akhirnya siap. lepas tu tukar tayar kete plak. tunggu dan tunggu lagi.. akhirnya siap. ok, senang hati nak balik kg nnt. 

balik dari tu, kami terus adakan sesi 5s. mula dari bilik belakang membawa ke ruang tamu. fuh... letih mcm nak pengsan. mmg umh tak bersepah mana sebab kami berdua je. tapi banyak barang² yg entah apa². akhirnya 3 plastik sampah yg besar tu penuh dgn brg² yg tak pakai kami buang. ha.. clear skit rak² almari dalam bilik tu.

raya tahun ni kami tukar langsir baru. dah dua tahun kami tak tempah langsir sebab dok gilir pakai yang maner ade. hasil gesel² manja ngan en. suami bulan lepas, dapat gak ke nagoya beli langsir dan tempah sekali. mmg bagus la nagoya ni, elok je terletak langsir tu bila dah dipasang. tak terlebih labuh, tak terlebih lebar. mmg ngam². lain kali terus tempah je kat nagoya tu. murah pun murah. 

 
 maaf atas keseksian en. suami

urusan panjat memanjat terletak pada kekuatan en. suami. kalu ai yg panjat.. maka sukar la utk turun balik. hahaha... kali ni, susun atur adalah dari citarasa en. suami. rak tv alih ke sudut belah kiri. gambar selanjutnya akan menyusul kemudian. 

 kerajinan dia mmg boleh dipuji

susun atur dah siap, sesi lap² plak sebelum lantai di vekium. sesi 5s kami setel pada jam 8mlm. ha kau, sampai waktu berbuka sudahnya. rehat jap, dah mandi semua, terus ke umh mak. lapar weh... tenaga dah banyak abis la katakan. patutnya mlm tu kami berbuka dengan geng² 4x4 kat gombak. sori le kak sue, igt leh habis cepat. tak sangkat membawa ke maghrib plak. thn depan kami join eh.

kesian en. suami. letih betul dia mlm tu. mana taknye, ai minta dia lap tu lap ni, panjat lap lampu, lap kipas, lap cermin tebuk lubang, gantung frame... ish.. penat tau. kerajinan en. suami mmg boleh dipuji. bangga dapat suami rajin mcm dia. suker bantu ai tak kira masa. dia ni mmg pembersih, jadi awas ye kalu umh bersepah. mau dia bebel mengalahkan mak enon. dalam kete dia pun tak boleh ada sebutir pasir, kalu ada, terima la pop kon yg kuar dari mulut dia. hahaha....
 

5 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

untung ade suami rajin..ehhe
suami sy boleyla..tapi bab2 memasak lagi rajin kot..bab2 menngelap ni dia mmg kureng

selamat hari raya..:-)

my-niezzareena said...

ok la tu rose. sekurang2 dia prihatin dengan keluarga. alhamdulillah kan.

wahida said...

mek jah...semalam ngan sabtu pun laki aku mengemas umah jugak...aku jaga anak2 je...bawak lari anak2 dlm bilik, takut habuk...aku cuma kemas dapur dan banyak buang benda x pakai...
err..aku pun dah 2 tahun x tukar langsir...tahun ni baru tukar, kita sama sekali lagi...yyeeeaahh!!!

my-niezzareena said...

wahida... kau dan aku adalah satu, tak kira apa... ahaksss

Beruang Madu said...

Patut lah dia dok depan kat Van haritu... tak sanggup dia tengok sampah sarap kat dalam van tu... faham faham dah sekarang...