hari terakhir di sabah... sedih pulak rasa nak tinggalkan bumi dibawah bayu ni. rasa mcm seronok plak tinggal di sabah. patut la abg bear suker menetap disana. kau tak nak minta cawangan sane ke mak jah? kau kan teruja ngan kehidupan abang bear tu. hahaha...
pagi sebelum berangkat pulang, kami bangun lewat skit. letih malam sbelum tu mmg tak ilang walaupun dah perabih duit pegi spa mahal. lenguh satu badan dah mula terasa. mud masing² pun seperti kureng hari terakhir tu. namun, kami tetap ngan agenda yang dah disusun sblm pegi.
ok, pagi tu kami sarapan biasa² aje. kat kedai mamak depan ngan jamilah jewellery. senang utk kami terus masuk kedai tu bila dah bukak. tapi pagi tu wahida agak berlainan skit mud dia. sebab dia sakit perut teramat sangat. perut dia penuh angin. ai rasa sebab makanan yg kita makan mlm tu la mak jah. tu pasal perut kau sakit. letak minyak angin pun tak jalan. kesian kau mak jah...
teringin sangat plak nak makan roti canai telur. maisng² order yg sama tak silap. sedap plak rasanya
muka en. suami yang nampak letih
wahida tgh mengadu sedih ngan shidi... cian kau jah.. aku kesian sangat. tu la, kenakan aku lagi kat poring tu... ni le balasan utk yg derhaka ngan aku. hahahaha... jgn amek ati tau
bila masing² mcm dah sebu...en. suami ngan shidi pekena telur separuh masak. ini dekat nak masak dah rupanya... tapi sedap!
jgn terpengaruh dek gmbr kartun tu ye. ini adalah kerana sebab² tertentu muka kawan kami diblurkan. lepas sarapan pagi tu, kami call dia utk kuar sama². so kami jumpa dia kat meridien hotel. lepas tu dia bawak kami ke pasar pilipin.kat sane kami shopping barang² mcm ikan terubuk masin, ikan bilis, udang kering... mcm² la. dah tu cari t-shirt lagi skit utk family terdekat. ai namakan si muka kartun tu PH ye.
dah puas shopping, kami ke sutera hobour utk makan tengahari.
seronoknye.... angin laut tu sungguh kuat meniup ke dalam ruang makan hotel tu. wahida tu walaupun tgh sakit, tapi tetap mau gelak. ikhlas ke tak tu jah oiii
jeng jeng jeng.... ini beruang madu pun ada sama. dia join sekali sebab mula tu nak jumpa utk anta cd gambar je. termakan jugak pujukan kami utk dia join sekali lunch ari tu. cepat dia mesra ngan si PH tu. maklum.. memasing mmg peramah. dah jadi kawan pun depa la ni.
nampak bground belakang kami. mmg best wok!
ready utk order... mmm... ape yg menarik kat sini?
nasi putih utk ai, hubby, shidi, wahida dan beruang madu
yang ini nama dia oxtail masak asam pedas, wahida dan abg bear punya. power weh!!!
yang ini chinese styled beef ribs soup, ai..hubby..shidi dan abg bear lagi sekali yang punyer.
cili api sebagai penaik selera utk kedua masakan di atas. huh... sedapnyeee
yang ini PH punyer. dia mmg diet giler². kalu ai dah nmpk kwn² mkn tak hengat, takkan ai nk pandang.. please.... sori ok... mau tekeluar anak tekak sebab terliur. hehehe
puding ni tak ingat mangga ke oren perisa dia. sebab ai tak mkn sangat
pemandangan yang ada disetiap tempat kat SH ni mmg la sangat cantik. ai menyimpan angan² utk dtg menginap disini. en. suami.. agak²nye, kalu ai lulus ptk, leh tak u sponser bermalam disini. u ada janji kan nak bawak ai p bercuti kalu ai lulus. ai pilih disini, agak² keterlaluan tak? hehehe... korang tgk je la pemandangan yg sempat en. suami tembak
cantek kan... mmg terbaik la tempat ni utk animun. nak² lagi kalu dpt raun pulau ngan kapal yg ada kat situ. perghhh.... tak hengat la hebatnye.. u rasa la en. suami, nak tak wat kejutan kat ai.. tiba² ajak ai sewa salah satu bot yg ada tu. ahaksss
ok... yang bawah ni semua gambar² post gedix.. saksikanlah!
perggh.... mmg terbaik la tempat ni. mmg sesuai utk gedix² ngan cinta hati. en. suami, u dengar ni tau. ai mengimpikan utk bermalam walau sehari kat SH ni. kalu u sudi, tunaikanlah permintaan ai ini. atau sesape nak sponser penginapan ai selama sehari semalam kat sini? AB... u sudi tak nak taja ai. hahaha....
tamatlah sudah percutian kami selama 4ari 3mlm kat sabah ini. insyaAllah, ada rezeki..kami akan ke sane lagi. banyak lagi tempat menarik yg tak sempat kami pergi. mak jah, ari² bukak AA tau, tgk ada tiket murah tak utk thn dpn. tu pun kalu kau sudi nak p jejalan lagi ngan aku la. ngeh3x!!
alhamdulillah, selama 4ari 3mlm kami kat sane.. tidak ada benda² yg tidak diingini terjadi. semuanye ok² belaka. cuma ari terakhir tu mak jah tak sihat skit. tapi under control la kan. kesan dari urutan maut ai kat dia hari akhir tu, dia berjaya mengeluarkan separuh angin jahat yg betakung dalam perut dia tu. hebat kan ai..
segala kenangan manis di sabah, akan menjadi kenangan terindah bagi ai, hubby, wahida dan shidi. termasuklah utk u AB. terima kasih AB sebab sudi terima kunjungan kami dan sudi bawak kami pusing² ke tempat yang terbaik kat sabah. sudilah terima kunjungan kami lagi thn akan dtg..insyaAllah. AB, kami mohon maaf andai selama perkenalan singkat kita kat sabah tempoh hari, AB ade rasa tak best ngan kami ke ape ke. tapi AB terbaik utk kami. teruskan komen kat blog ai tau. harap persahabatan kita akan kekal selamanya. insyaAllah... ai akan pos ikan masin sepat kat u.
utk u PH.. terima kasih juga sebab sudi kuar jejalan ngan kami walau dalam masa yg singkat. nnt lain kali kalu ade rezeki ke sana lagi, kami call u awal² ye. nnt gambar kat epot akan menyusul kemudian. itu mmg betul2 last punyer citer. hehehe...